Isnin (12/04/2010)
Sesi P&P seperti biasa
Selasa-Khamis ((13/04/2010-15/04/2010)
Penilaian Kurikulum 2
Selasa (13/04/2010)
Hari ni jaga exam untuk kelas 2 Waruna bagi subjek Bahasa Inggeris dari pukul 8.45-9.25 pagi..tapi exam mula pukul 9.00 pagi..Pengalaman pertama jaga exam..sebelum ni saya yang ambil exam..sekarang kena jadi pengawas exam pulak..hee..
Lepas kelas 2 Waruna saya bergegas ke kelas 4 Utarid untuk ganti guru pengawas peperiksaan sebelum ni..rupa-rupanya En. Mahbob dah ada dalam kelas tu..hee..sebenarnya kalau ikut masa P&P..sekarang masa untuk subjek ICT dan LK..ada sebahagian pelajar kelas 4 Utarid yang ambil subjek ICT dan sebahagian lain pula mengambil subjek LK..jadi ada 2 orang guru la pada waktu yang sama..jd En. Mahbob cadangkan saya masuk masa yang kedua nanti..
Dah habis jaga exam untuk kelas 4 Utarid..sambung pulak dengan kelas 4 Zuhrah..kelas ni bersebelahan je dengan kelas 4 Utarid tadi..sementara tunggu pelajar masuk kelas lepas waktu rehat..ada sebahagiannya yang mengulangkaji untuk subjek kimia..kertas peperiksaan yang berikutnya..tepat pukul 11.40 pagi..exam pun bermula..
Rabu (14/04/2010)
Hari ni saya kena relief masa ke-2 dan ke-3 untuk kelas 4 Utarid..jadi maksudnya kena jaga exam sekali la..pagi ni mula dengan subjek Pendidikan Islam untuk pelajar muslim dan Pendidikan Moral untuk pelajar bukan muslim..Good Luck untuk semua!!.. v(^_^)v
Khamis (15/04/2010)
Jumaat (16/04/2010)
Sesi P&P seperti biasa